1. Berapakah pendapatan minimum untuk memohon pinjaman kereta?
Pendapatan minimum seisi rumah RM2000 sebulan.
2. Jika pendapatan saya RM1500 sebulan, dan saya belum berkahwin, adakah saya layak memohon pinjaman kereta?
Anda layak memohon, tetapi Ibubapa atau saudara yang tinggal serumah perlu menjadi penjamin.
3. Jika saya belum memiliki lesen memandu kereta, adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon, tetapi Ibubapa perlu ada lesen memandu kereta dan ibubapa perlu menjadi penjamin.
4. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam / pembeli kereta?
5. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh penjamin?
6. Berapakah umur maksimum peminjam / pembeli / penjamin?
7. Jika saya bekerja sebagai seorang pesawah, adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon jika sawah yang anda usahakan melebihi 10 relong dan dokumen penjualan padi diatas nama anda.
8. Jika saya seorang pesara, adakah saya layak memohon?
Anda layak memohon jika umur anda tidak melebihi had.
9. Kenapa Sales Advisor selalu bertanya status perkahwinan dan pekerjaan pasangan?
Untuk mengira pendapatan seisi rumah, iaitu pendapatan anda campur pendapatan pasangan.
10. Berapa lama keputusan pinjaman dapat diketahui?
Kebiasaannya 3 hari untuk kakitangan kerajaan, 7 hari untuk swasta, 2 minggu untuk perniagaan atau lain lain pendapatan. Bergantung kepada dokumen pendapatan anda dan rekod pinjaman anda. Juga bergantung kepada keadaan semasa permohonan anda dibuat.
11. Berapa lama pulak jangkamasa untuk menerima kereta?
Anggaran masa menunggu selepas pinjaman diluluskan boleh dirujuk disini.
https://nazriproton.com.my/pages/estimated-waiting-period
12. Adakah anda akan membayar kepada saya komisyen, jika saya memperkenalkan kawan saya untuk membeli kereta dengan anda?
Saya akan bayar kepada anda komisyen jika anda memperkenalkan kawan anda untuk membeli kereta dengan saya untuk kes yang kedua dan seterusnya.
Maksudnya, saya tak akan bayar komisyen untuk kes pertama disebabkan kebanyakan orang yang memperkenalkan kes pertama kesemuanya ada hubungan, dia bukanlah benar benar menjalankan tugas sebagai Introducer.
Bayaran komisyen untuk Introducer ini bukanlah bayaran dari pihak Proton atau dari Majikan kami, ia adalah bayaran dari saya sendiri sebagai Sales Advisor.
Saya akan bayar komisyen kepada anda 2 minggu selepas kereta diserahkan kepada pelanggan.
Jumlah bayaran bergantung kepada promosi kereta dari semasa ke semasa.
Anda juga perlu memaklumkan kepada saya terlebih dahulu, supaya saya dapat menjelaskan kepada anda syarat - syaratnya. Saya tak akan melayan untuk kes yang kereta sudah diserahkan dan kemudian meminta komisyen dari saya.
Apa yang saya janji, saya akan tunaikan.
JIKA ADA LAIN LAIN SOALAN BERKAITAN, ANDA BOLEH WHATSAPP SAYA